Apa itu Instagram Shadow Ban?


Apa itu Shadow Ban?

Mengapa ladyboss pulak yang terkena tempias nya?

Macam mana cara nya nak tangani ni?

Instagram Shadow Ban
Elak kan Instagram Shadow Ban

Shadow ban ni kan, ibarat lokap. Haah, ladyboss tau kan, apa fungsi nya lokap tu? Lokap tu kan pusat penahanan sementera bagi tertuduh, menanti perbicaraan mahkamah. Sementara duk kat lokap tu, memang terputus lah hubungan dengan kehidupan di luar. Hanya orang2 yang terdekat sahaja yang di benar kan untuk berhubung dan menziarahi tertuduh.

Haah, begitu ler jugak, akaun Instagram yang telah di shadowban. Tiada siapa pun yang “dibenarkan menziarah” kecuali follower sahaja. Maknanya, setiap posting ladyboss, walaupun menggunakan hashtag yang sesuai, ia tidak akan kelihatan di mata “orang luar” aka non follower. Ia seolah2 tidak wujud di hashtag yang ladyboss tag kan. Oleh kerana ia tidak wujud, macam mana mereka nak berkunjung, kan kan.

Namun, pada pandangan ladyboss dan juga follower, ia tetap sama saja, tiada perbezaan. So what is it that makes it obvious that you have been shadowban? Kebanyakan yang terkena, akan perasan, pabila mereka mengalami very low engagement.

Jika ladyboss tetiba perasan yang “Engagement”  (interaksi seperti komen dan like) atas posting telah menjunam , sehingga ladyboss terasa seperti tiada makhluk pun yang nampak posting terkini, kecuali rakan2 seperjuangan ladyboss,  jangan pulak cepat melatah ya.

Akhir2 ni, algorithm Instagram telah banyak berubah sehingga kan ramai yang perasan “Engagement” ke atas posting semakin sepi. Ada kah ini petanda yang akaun ladyboss telah di masuk kan ke dalam lokap Shadow Ban.

Sebelum ladyboss mengangkat tangan, menyerah kalah,  jom kita semak dulu asbab2 yang mungkin ladyboss telah lakukan secara sengaja atau pun tidak.

Kita go through  satu persatu persatu ya ladyboss, pelan2 kita semak bersama.

Antara sebab2 yang akan mengundang shadow ban ialah :

1) Ladyboss telah menggunakan software yang melanggar terma dan syarat penggunaan Instagram. Ini termasuk lah autobot yang “menambah” jumlah bilangan follower seperti Instagress atau pun yang lain2 yang mempunyai nama yang obvious yang bak kata orang  dah terang lagi bersuluh.

2) Atau mungkin ladyboss telah menggunakan khidmat pihak ketiga yang menjanji kan penambahan follower dan like, yang kononya dari  “real” akaun.  Mereka ini,  sebenarnya, hanya lah mengguna kan info dari Instagram ladyboss, dan memasukkan ia kedalam software seperti yang di sebut  di atas (Instagress, di mana pada minggu ini, kita saksikan sendiri betapa ia telah di senarai hitam oleh Instgram dan di paksa shut down kerana telah melanggar ketetapan penggunaan Instagram)

Shadow Ban juga boleh di kena kan ke atas akaun dan ladyboss, jika ladyboss mengguna kan software untuk update atau beri komen secara auto. Ini juga melanggar ketetapan dan syarat penggunaan Instagram.

Jika ladyboss ada mempunyai beberapa akaun Instagram dan salah satu akaun ladyboss, ada menggunakan software yang sedemikian , ini juga akan melibat kan akaun yang lain terdedah pada Shadow Ban kerana ia berkongsi IP address yang sama.

Penggunaan software pihak ketiga, untuk menambah jumlah bilangan follower sama sekali di tegah  oleh Instagram.

Mengapa kah ia tidak di galak kan?

Instagram adalah salah satu media sosial, di mana tujuan utama nya, menggalak kan pengguna beriteraksi secara sosial online sebagaimana kita beriteraksi offline untuk berkongsi pengalaman dan info dan bersosial antara satu sama lain.

3) Ladyboss mungkin telah melanggar ketetapan masa yang di benar kan . Bergantung pada jangka hayat akaun Instagram, ladyboss mungkin telah melebihi had yang di benarkan untuk berinterasksi secara aktif online di Instagram.

Ini merangkumi jumlah “likes” yang ladyboss klik ke atas gambar2, jumlah komen yang ladyboss tinggalkan  dan juga jumlah akaun yang ladyboss follow/unfollow.

  • Lazim nya, had yang ditetapkan ke atas satu akaun untuk berinteraksi selama satu jam adalah 150 likes, 60 komen dan 60 follow.
  • Salah satu lagi kemungkinan, ladyboss mungkin telah menggunakan “broken hashtag” atau “abused hashtag” Haah hashtag boleh di abused tau, dah macam kes dera pula, sian kat hashtag.

Oleh kerana pengguna Instagram hamper bermilion, maka agak sukar bagi Instagram untuk mengawal penggunaan hashtag. Ada kalanya, hashtag yang biasa2 sahaja seperti #cantik  telah di salah gunakan.

Mungkin ada pengguna yang menggunakan hashtag ini untuk tujuan menarik perhatian dengan memuat turun gambar2 lucah, spam atau pun yang berunsur rasis. Dan apabila ladyboss menggunakan hashtag ini,  ia akan “menarik” (macam berantai gitu lah) hashtag yang lain dan ladyboss tidak akan mendapat tempat di dalam hashtag yang ladyboss gunakan

4) Besar kemungkinan ada yang telah membuat aduan ke atas akaun ladyboss. Jika akaun ladyboss telah di repot , ia akan cepat mendapat perhatian pihak Instagram. Dan jika di dapati ladyboss telah melanggar ketetapan penggunaan Instagram, akaun ladyboss boleh di lupuskan, atau akan di masuk kan ke dalam klub shadow ban.

Jika ladyboss suspek akaun ladyboss telah di shadow ban, apakah langkah2 yang boleh di lakukan untuk membaikpulih  kan ia?

Ini akan akak kongsi kan pada hari lain ya, in sha Allah. Pagi ni , akak ni pi ziarah mak. Kesian mak, ayah dah tak da, mak duk sorang saja sekarang ni.

Doa kan kami sihat2 ya.  Jika ada asbab2 lain yang ladyboss tahu yang mungkin akan menyumbang kepada Shadow Ban, jangan lupa untuk berkongsi ya.

Jom sertai Kak Su di Facebook group Insta Kafe Ladyboss khusus utk ladyboss. Kita berjemaah ,berkongsi tips, pengalaman dan cabaran yang kita hadapi dalam pemasaran Instagram.

Kita saling bantu membantu dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga tersayang

Sertai WAHM support group
Join Work At Home Mom (WAHM) Support Group

Nak akak jadi follower di Instagram? Boleh aja , jom skodeng akak di @insta_kaksu

Kita jumpa di situ, salam sayang dari

~~ Kak Su

Mesti nak baca :

 

 

Post Author: Niqaab Hub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *